價格:免費
更新日期:2018-12-17
檔案大小:37M
目前版本:1.0.0.0
版本需求:Android 4.4 以上版本
官方網站:http://www.mardi.gov.my
Email:mardi.apps@gmail.com
聯絡地址:隱私權政策
Menjadi keperluan bagi semua orang untuk mengetahui, bahawa sektor pertanian adalah merupakan sumber bekalan makanan utama kepada kita. Menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memelihara / melestarikan teknologi pertanian agar bekalan makanan negara kita sentiasa mengcukupi untuk keperluan. Oleh yang demikian wajib kepada orang awam untuk menghargai sumber pertanian tersebut dengan cara menjaganya dan terlibat dalam industri pertanian tersebut. Aplikasi ini dibangunkan adalah untuk memberi pendidikan dan memupuk kesedaran kepada pengguna peri pentingnya pertanian dalam kehidupan kita. Info yang dipaparkan juga cuba menjelaskan kepada pengguna bahawa sebenarnya pertanian wujud disekeliling kita dan ianya sangat dekat dalam hidup kita. sebagai contoh di dalam rumah kita juga wujud teknologi pertanian seperti beras, gula, sayur dll. Aplikasi yang telah dibangunkan ini mengandungi konten pembelajaran tentang teknologi pertanian yang ada di sekeliling hidup kita samada kita tinggal di kawasan bandar mahupun di kawasan kampong. Persembahan kandungan pembelajaran tersebut menggunakan teknologi Augmented Reality agar penyampaian menggunakan kaedah ini dapat mewujudkan minat yang lebih mendalam kepada pengguna untuk mengetahui tentang pertanian.
Cara penggunaan aplikasi mudahalih ini ialah, pengguna perlu muatturun terlebih dahulu imej mural yang disertakan dengan klik pautan/link berikut :-
http://imlearning.mardi.gov.my/posterar/mural_ar.pdf
Imbas apps AR ini ke atas setiap gambar teknologi pertanian yang ada dalam mural dan maklumat berkaitan setiap teknologi pertanian yang diimbas akan dipaparkan. Antara kandungan teknologi yang tersedia ialah:
1. Jagung
2. Nanas
3. Silaj
4. Burung Walit
5. Kelulut
6. Black G
7. Ayam Kampong
8. Lembu KK elit
9. GreenKit
10.Vertical Garden
11.UrbanKit
12.Keledek Ungu
13.Arowana
14.Sambal Ikan Keli
15.Padi
16.HoneyPearls
17.Kelapa Hibrid
18.Kambing
19.Durian
20.Tempura ikan